Wednesday, October 17, 2018

Perdebatan Rang Undang-undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018.


Ucapan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa perdebatan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018 pada 17-Oktober-2018
Saya bangun untuk menyertai perdebatan Rang Undang-undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018.

Full video:
https://m.youtube.com/watch?v=bq2xdapSYuA&feature=youtu.be

Hari ini ialah 17 Oktober merupakan International Day for the Eradication of Poverty (Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Kemiskinan). Tema tahun ini “Coming together with those furthest behind to build an inclusive world of universal respect for human rights and dignity”. Isu buruh kanak-kanak juga berkaitan dengan kemiskinan.


Objektif Pindaan ialah pematuhan terhadap Konvensyen International Labour Organisation (ILO) iaitu Minimum Age Convention 1973 yang telah diratifikasikan oleh Malaysia pada 1997 serta Worst Forms of Child Labour Convention 1999 yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 2000.
Kalau kita imbas balik sejarah perundangan terhadap umur minimum untuk pekerjaan didapati ia boleh dirujuk balik 100 tahun lalu iaitu Minimum Age (Industry) Convention 1919 ILO. Tahun 1919 ialah berakhirnya Perang Dunia Pertama. Minimum Age untuk Convention 1919 ialah 14 tahun.
Sejarah perundangan terhadap Children and Young Persons Ordinance di Malaya ialah pada tahun 1947 dan pada waktu itu kanak-kanak ditakrifkan 12 tahun dan young person 16 tahun dan beberapa pindaan telah diadakan dan pindaan terakhir ialah tahun 2011 dengan menaikan 14 tahun ke 15 tahun.  

Definisi umur kanak-kanak untuk tujuan Akta ini sekarang ialah kanak-kanak 15 tahun dan young person antara 15-18 tahun.

Saya menghargai Menteri dan Kerajaan Baru yang ingin memberikan perlindungan tambahan dan lebih menyeluruh kepada kanak-kanak dan orang muda dari segi pekerjaan.

Saya ingin juga menarik perhatian dewan ini terhadap UN Convention of the Rights of Child 1989 dan juga undang-undang perlindungan kanak-kanak di Malaysia iaitu Child Acts 2001 yang telah menetapkan takrif kanak-kanak sebagai 18 tahun.

Dari segi sejarahnya ILO Convention dan UN CRC convention lahir dalam era berlainan. Cabaran era yang berlainan memerlukan perlindungan dan formula yang berlainan.

Pada masa ini, cabaran baru ialah Industri Revolusi ke-4. Ini berbeza dengan Industri Revolusi Pertama pada 100 tahun lalu.

Saya meminta Menteri memberikan satu polisi paper untuk kesiapsegaran Kerajaan untuk menyiapkan kanak-kanak dan orang muda untuk alam pekerjaan Industri Revolusi ke-4. Ini termasuk juga reform in terms of akademik di sekolah, reform dari segi pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Ini penting memastikan tiada anak-anak dan orang muda tertinggal di belakang. No child is left behind.

Menteri perlu memantau juga pelaksanaan Akta pindaan ini supaya tidak prejudis dengan peluang kanak-kanak dan orang muda untuk menghadiri sekolah. Di kawasan-kawasan sosio-ekonomik yang mencabar, kanak-kanak dan orang muda perlu bekerja untuk membantu kehidupan keluarga dan adalah diharapkan supaya latihan-latihan awal yang mereka terima dalam usia muda dapat membantu mereka maju ke kedudukan yang lebih baik dalam pendapatan ekonomi keluarga.

Adalah tugas Kerajaan untuk memastikan hak-hak sivil, politik, ekonomi, kesihatan dan kebudayaan kanak-kanak dan orang muda terbela.
Pelbagai initiatif perlu juga dikembangkan kepada stateless children, anak-anak pelarian supaya mereka turut juga berpeluang mendapat pendidikan dan latihan asas.   

Seksyen 14 dipinda untuk meningkatkan penalti pelanggaran akta untuk menggambarkan keseriusan terhadap pelanggaran.

Sekysen 15A telah memberikan kuasa kepada Menteri untuk meminda jadual kepada Akta dan saya kuasa ini hendaklah digunakan dengan teliti oleh Menteri untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dan orang muda.  Pindaan jadual perlu dibuat dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembagan global samada initiative ILO, United Nations dan juga changing labour market dri segi sains, teknologi, inovasi, cross border trade dan digital ekonomi. Pekerjaan akan jelma dalam pelbagai bentuk dan social protection yang cukup perlu diwujudkan.

Saya meminta supaya pindaan Akta ini bukan atas kertas statut sahaja tetapi penguatkuasaan ditingkatkan di seluruh negeri untuk memberikan makna. Samada terdapat pendaftaran dan register dilakukan untuk menjaga hak buruh orang muda.  Saya meminta pihak kementerian juga melihat Akta-akta lain Akta Pekerjaan, Industrial Relations Act, SOCSO, EPF, EIS dan sebagainya supaya buruh kanak-kanak dan orang muda mereka terbela juga.

Saya mohon menyokong.

No comments: